As salam. Hari ini aku semakin YAKIN, RUTIN dan PASRAH saat berzikir.
Tiada sebarang pantang larang dalam mengamalkannya atau menyediakan sesuatu barang, krn tidak ada unsur menghadirkan "sesuatu" dari luar diri anda. Semuanya digali dari potensi positif yg ada dalam diri manusia. Krn manusia memiliki kemampuan spiritual dan supra yg tak terbatas powernya.
1.Astafirullah Al Azim Al lazi la ila wa ha yum Qho yum wa atu bu ilaik.
2.Sub ha na Allah Alhamdulillah wa la ila Allah.
3.Allah !!! Allah!!! Allah Ya Allah!!!
4.Hasbi rabbi Jallallah Mal fi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad s.a.w, La ila ha ila Allah!!!!
5. Lai sal la ha mindunillah hi ka syifa'
6.La illa ha ila Allah, Al ma li ku ha kum mubbi,
Muhammadul Rasullullah, Sho di kul wa a'adim Amin
7.Astifirullah Ha ila Allah ha ka natta wa ba
8.La illa ha ila Allah Muhamaddul Rasulullah
9. Ya Allah Ya Allah Ya Allah hu ya Allah
10. Ya latif hu ya latif
( sila dengar youtube ~ Himpunan Zikir~)
Zikir terlalu hebat, Zikir-zikir inilah yang membuat saya
semakin sihat, semangat,ghairah untuk sihat dari kesakitan yg dihidapi sejak seusia 17tahun samada
" SAKIT FIZIKAL & SAKIT MISTIK "
.Syukur dengan izin Allah saya sekeluarga jadikan
amalan serta beroleh munafaat darinya. Hebatnya kuasa zikir yang dapat membantu menjana energi + dalam diri.
# TESTIMONI ORANG NAK BERSALIN
1.Dengan ketentuan Allah hari ini bersyukur dapat membantu seorang hamba Allah yang sukar untuk bersalin kerana bukaan rahim yang kecil. Proses transfer energi+ dilakukan menghantar penawar untuk dijadikan air selusuh dari Endau Johor ke Hospital Melaka.Allhamdullillah dengan kehendak Allah jua dalam selang waktu yang singkat pesakit telah dipermudahkan bersalin dan mendapat bayi laki-laki. syukur semoga mereka beroleh kebahagiaan amin#
# TESTIMONI ORANG SAKIT TUBUH
2.Mengeluarkan gangguan dalam tubuh pesakit.Pesakit menyatakan b
ahawa beliau sakit dibahagian bahu dan bisa dibahagian kaki. Semasa proses zikir dibacakan mendapati bahawa pesakit kelihatan melayang dan menunjukkan gerakbalas rangsangan.Dengan kuasa Allah semua gangguan dapat dikeluarkan.Pesakit merasakan lapang dan ceria.
Melalui proses perubatan diatas didapati bahawa zikir-zikir yang menjana energi+ dalam diri dialirkan kepada pesakit yang mempunyai banyak energi-. Bagaimana mengetahui bahawa pesakit mempunyai banyak energi negetif. Ini berdasarkan tindak balas energi yang menimbulkan rangsangan gerak balas.Pertembungan energi negetif dan positif ini pastinya energi+ dari zikir dapat melunturkan energi-. Energi- yang terdiri dari bisa dan kesakitan mampu diarah berkumpul dikaki kerana ia adalah aliran negetif dan dan dapat ditarik keluar. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa energi+ positif yang terhasil dari bacaan zikir mampu menangkis segala negetif yang ada dalam diri dan seterusnya orang yang mengamalkan zikir yang benar akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat aminnn.
# TESTIMONI TERKENA SIHIR #
3.Seorang perempuan dalam usia 20an telah disihir dalam 4 penjuru, Pesakit diarah meminta dengan Allah supaya diberikan kesembuhan dan seterusnya meminta pesakit membawa zikir takbir Allah Hu Akbar semasa pengubatan dijalankan.
Setelah disalurkan zikir-zikir kepada pesakit ternyata pesakit dipengaruhi unsur jin sehingga tidak sedarkan diri.Jin terus dibakar dengan zikir-zikir seterusnya mengalah kerana terbakar hancur.Tanda keluar yang nyata adalah muntah lendir bercampur darah.
Pesakit ditunjukkan penampakkan gambaran tentera berkuda serba hitam berkalimah Allah didahi melanggar tembok sihir serta memusnahkan setiap pembantu sihir yang terdiri dari golongan jin-jin.Semuanya hancur dan diperlihatkan keadaan jenazah dikapankan bagi ke 4 pensihir tersebut.
Pesakit tidak sanggup melihat penampakan yang diperlihatkan Allah,lalu mendoakan mereka diampuni Allah melihatkan keadaan itu maka telah ditutupkan kashyaf penampakanya.
(Pengakuan pesakit)
Setelah sedar pesakit dimasuki unsur ghaib lain yang menggelarkan diri beliau Puteri Hijau
( keturunan kerajaan jawa) yang mana mempunyai pertalian dengan keluarga pesakit.
Pengucapan terima kasih dari beliau kerana membantu.
Pertanyaan yang saya ajukan kepada beliau adalah mengapa kamu tidak membantu pesakit dari gangguan sihir ini? maka jawabnya saya hanya mampu melihat sahaja dan tiada daya untuk membantu.
Lantaran manusia juga diamanahkan untuk membantu dan dibantu dengan yg benar.
Rujukan dari blog: Halaqah.Net.
HANYA DENGAN ZIKURULLAH SAHAJA PENAWAR SELAIN BERIKHTAR DENGAN MINUMAN
ATAU PEMAKANAN YG BERKHASIAT. SETIAP APA YG KITA MAKAN, SETIAP YG KITA
MINUM BERSERTA DENGAN SELAWAT,DOA,ZIKIR..INSYA-ALLAH!!! SIHAT & MENYEMBUHKAN.