Syukur Hari ke 2 iaitu pada 26hb.Mei 2012 bersamaan Hari Jumaat, kami di bawa ziarah tempat bersejarah di Madinah . Ziarah tempat pertama yg dikunjungi
Masjid Quba'
IBADAT ZIARAH ADALAH SATU DARIPADA PERINTAH-PERINTAH ALLAH .
RASULULLAH S.A.W BERSABDA:-
" Tidak Bersangatan dituntu melakukan pengembaraan melainkan kepada
3 buah Masjid Iaitu :-MASJID AL-HARAM, MASJIDKU INI( MASJID NABAWI)
DAN AL-MASJID AL-AQSA
~ Hadis Muttafaqun alaih~
Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.
Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
~ Sampai je di masjid ni kami terus menunaikan :-
" Solat Al Tahiyatul Masjid ~2rakaat"
& SOLAT DHUHA
Kelebihan Lawatan ke MASJID QUBA':-
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:-
" BARANG SIAP YANG BERWUDHU DI RUMAHNYA
KEMUDIAN PERGI KE MASJID QUBA' DAN
MENUNAIKAN SOLAT AKAN DIBERIKAN PAHALA MENUNAIKAN
SATU UMRAH
~ RIWAYAT IBNU MAJAH~
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Memimpin ibu tersayang turun dari tangga Masjid Quba'
Selalu berjauhan sepanjang di Madinah aku habiskan
masa dengan emak tersayang.Syukur diberi peluang & ruang ini.
Terima Kasih Ya Allah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan