As salam. Hari ini aku semakin YAKIN, RUTIN dan PASRAH saat berzikir.
Tiada sebarang pantang larang dalam mengamalkannya atau menyediakan sesuatu barang, krn tidak ada unsur menghadirkan "sesuatu" dari luar diri anda. Semuanya digali dari potensi positif yg ada dalam diri manusia. Krn manusia memiliki kemampuan spiritual dan supra yg tak terbatas powernya.
1.Astafirullah Al Azim Al lazi la ila wa ha yum Qho yum wa atu bu ilaik.
2.Sub ha na Allah Alhamdulillah wa la ila Allah.
3.Allah !!! Allah!!! Allah Ya Allah!!!
4.Hasbi rabbi Jallallah Mal fi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad s.a.w, La ila ha ila Allah!!!!
5. Lai sal la ha mindunillah hi ka syifa'
6.La illa ha ila Allah, Al ma li ku ha kum mubbi,
Muhammadul Rasullullah, Sho di kul wa a'adim Amin
7.Astifirullah Ha ila Allah ha ka natta wa ba
8.La illa ha ila Allah Muhamaddul Rasulullah
9. Ya Allah Ya Allah Ya Allah hu ya Allah
10. Ya latif hu ya latif
( sila dengar youtube ~ Himpunan Zikir~)
Zikir terlalu hebat, Zikir-zikir inilah yang membuat saya
semakin sihat, semangat,ghairah untuk sihat dari kesakitan yg dihidapi sejak seusia 17tahun samada
" SAKIT FIZIKAL & SAKIT MISTIK "
.Syukur dengan izin Allah saya sekeluarga jadikan
amalan serta beroleh munafaat darinya. Hebatnya kuasa zikir yang dapat membantu menjana energi + dalam diri.
# TESTIMONI ORANG NAK BERSALIN
1.Dengan ketentuan Allah hari ini bersyukur dapat membantu seorang hamba Allah yang sukar untuk bersalin kerana bukaan rahim yang kecil. Proses transfer energi+ dilakukan menghantar penawar untuk dijadikan air selusuh dari Endau Johor ke Hospital Melaka.Allhamdullillah dengan kehendak Allah jua dalam selang waktu yang singkat pesakit telah dipermudahkan bersalin dan mendapat bayi laki-laki. syukur semoga mereka beroleh kebahagiaan amin#
# TESTIMONI ORANG SAKIT TUBUH
2.Mengeluarkan gangguan dalam tubuh pesakit.Pesakit menyatakan b
ahawa beliau sakit dibahagian bahu dan bisa dibahagian kaki. Semasa proses zikir dibacakan mendapati bahawa pesakit kelihatan melayang dan menunjukkan gerakbalas rangsangan.Dengan kuasa Allah semua gangguan dapat dikeluarkan.Pesakit merasakan lapang dan ceria.
Melalui proses perubatan diatas didapati bahawa zikir-zikir yang menjana energi+ dalam diri dialirkan kepada pesakit yang mempunyai banyak energi-. Bagaimana mengetahui bahawa pesakit mempunyai banyak energi negetif. Ini berdasarkan tindak balas energi yang menimbulkan rangsangan gerak balas.Pertembungan energi negetif dan positif ini pastinya energi+ dari zikir dapat melunturkan energi-. Energi- yang terdiri dari bisa dan kesakitan mampu diarah berkumpul dikaki kerana ia adalah aliran negetif dan dan dapat ditarik keluar. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa energi+ positif yang terhasil dari bacaan zikir mampu menangkis segala negetif yang ada dalam diri dan seterusnya orang yang mengamalkan zikir yang benar akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat aminnn.
# TESTIMONI TERKENA SIHIR #
3.Seorang perempuan dalam usia 20an telah disihir dalam 4 penjuru, Pesakit diarah meminta dengan Allah supaya diberikan kesembuhan dan seterusnya meminta pesakit membawa zikir takbir Allah Hu Akbar semasa pengubatan dijalankan.
Setelah disalurkan zikir-zikir kepada pesakit ternyata pesakit dipengaruhi unsur jin sehingga tidak sedarkan diri.Jin terus dibakar dengan zikir-zikir seterusnya mengalah kerana terbakar hancur.Tanda keluar yang nyata adalah muntah lendir bercampur darah.
Pesakit ditunjukkan penampakkan gambaran tentera berkuda serba hitam berkalimah Allah didahi melanggar tembok sihir serta memusnahkan setiap pembantu sihir yang terdiri dari golongan jin-jin.Semuanya hancur dan diperlihatkan keadaan jenazah dikapankan bagi ke 4 pensihir tersebut.
Pesakit tidak sanggup melihat penampakan yang diperlihatkan Allah,lalu mendoakan mereka diampuni Allah melihatkan keadaan itu maka telah ditutupkan kashyaf penampakanya.
(Pengakuan pesakit)
Setelah sedar pesakit dimasuki unsur ghaib lain yang menggelarkan diri beliau Puteri Hijau
( keturunan kerajaan jawa) yang mana mempunyai pertalian dengan keluarga pesakit.
Pengucapan terima kasih dari beliau kerana membantu.
Pertanyaan yang saya ajukan kepada beliau adalah mengapa kamu tidak membantu pesakit dari gangguan sihir ini? maka jawabnya saya hanya mampu melihat sahaja dan tiada daya untuk membantu.
Lantaran manusia juga diamanahkan untuk membantu dan dibantu dengan yg benar.
Rujukan dari blog: Halaqah.Net.
HANYA DENGAN ZIKURULLAH SAHAJA PENAWAR SELAIN BERIKHTAR DENGAN MINUMAN
ATAU PEMAKANAN YG BERKHASIAT. SETIAP APA YG KITA MAKAN, SETIAP YG KITA
MINUM BERSERTA DENGAN SELAWAT,DOA,ZIKIR..INSYA-ALLAH!!! SIHAT & MENYEMBUHKAN.
Sabtu, 21 Julai 2012
Jumaat, 20 Julai 2012
SUSU KAMBING HIGOAT PENUTUP SAHURKU SEKELUARGA..SYUKUR!!!
Syukur kepada Allah s.w.t...Bulan ramadhan bulan yg mulia tiba kembali & aku dapat menyambutnya dengan kesejahteraan.
Tu dio sekali masak 3dapur...nak cepat memasak utk seisi keluargaku yg besar 11orang..Syukur dapat selesai masak dari pukul 4.30pg hingga 5.15pagi.
Apa lagi sahur dulu yah!!!!
As slm..syukur sudah selesai ibadah sahurku sekeluarga.
Berakhir dengan Secawan SUSU HIGOAT + SpyHru...dan tak lupa kemam 2biji tablet .
,dgn Niat Semoga dengan minuman sunnah itu memberiku tenaga,kesihatan & kesejahteraan
sepanjang menjalankan ibadah puasaku seharian..Amin!!!
Yang utama niat sahur & Niat berpuasa wajib!!!!
UNTUK NIAT PUASA HARI-HARI:-
"Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa ( Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala )
UNTUK NIAT PUASA SEBULAN;-
Sahaja aku berpuasa sebulan menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala. `
~ SALAM RAMADHAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA..Amin~~~
AMBIK MODE BERPUASA DENGAN LAGU~ AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN~

KEK COKLAT MOIS HIGOAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN
Teruja nak sambut sahur pertama kali..malam 20hb Julai 2012
anak2ku dok belajar buat Kek coklat mois...Aku duduk sebelah
diorang yg bancuh...mudah kerja ummi dia
RESEPINYA:
BAHANNYA:-
3 GELAS TEPUNG GANDUM
1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1/2 SUDU TEH BIKABONAT
1/2 SUDU TEH GARAM
2 GELAS KOKO
2 GELAS MINYAK MASAK
2 GELAS GULA CASTOR
1 GELAS SUSU HIGOAT( 1 SACHET)
2 GELAS SUSU MANIS
4 BIJI TELUR
1 GELAS AIR YG MENDIDIH
CARANYA:-
1. TELUR, GULA DICAMPUR & DIMESIN HINGGA KEMBANG
2. MASUKKAN SUSU HIGOAT,SUSU MANIS DIKACAU HINGGA SEBATI
3. MASUKKAN TEPUNG GANDUM, BAKING POWDER, BIKABONAR & GARAM( DIAYAK)
MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBAIL DIKACAU HINGGA SEBATI.
4.MASUKKAN SEBUK KOKO..KACAU HINGGA SEBATI
5. MASUKKAN AIR YG MENDIDIH..DIKACAU 5MINIT
6. MASUKKAN MINYAK DIKACAU HINGGA SEBATI
DIKUKUS SELAMA 45MINIT...SELAMAT MENCUBA!!!
Achik bersemangat menyiapkan kek kegemarannya.
Along tak mahu ketinggalan..tengok tu adik wan bergaya jee...hahaha!!!
RESEPI MINI DONUT SUSU HIGOAT
RESEPINYA:-
1 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN GULA CASTOR
1 1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1/2 SUDU TEH GARAM
125 MGRM BUTTER
1BIJI TELUR
3/4 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
Taburkan 1sachet SUSU HIGOAT ( LEMAK)
CARA-CARANYA:-
1. Campurkan gandum, gula, baking powder & garam
2. Butter,telur & susu diputar hingga kembang( 4 hingga 5 minit)
3.dibakar 2minit.
Sekarang anak teruna saya yg no 3..Sanggup jd Master Cheff nya...Ummi ada sebelah mengajar...Jadik ...Taniah!!!
Jom dengar lagu ~ Sinar Ramadhan setelah penat buat donut~
Therapy minda jugak ni...relex!!!!
POPIA NESTUM
1 bungkus kecil susu tepung (kisar halus dan di ayak)
1 bungkus kecil nestum (kisar halus dan di ayak )
gula halus yang sudah di ayak secukupnya
2 bungkus kulit popia (besar)
1 biji kuning telur (untuk pelekat)
Cara-cara :
Gaulkan bahan yang telah dikisar tadi hingga sebati dan simpan dalam bekas kedap udara.
Gulung kulit popia sekeping demi sekeping dan di bahagian hujungnya sapukan sedikit kuning telur. Kemudian gunting secara menyerong dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas. Toskan, biarkan ianya sejuk sedikit dan gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Isnin, 16 Julai 2012
PAHALA SOLAT DI 3BUAH MASJID DI MEKAH
Dalam Islam ada tiga masjid yang mempunyai kelebihan berbanding masjid lain. Hal ini seperti sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).” (Hadis riwayat Bukhari)
Umat Islam yang ingin berziarah ke luar negara untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ke tempat lain, selain berziarah ke Tanah Suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Tiga masjid yang mempunyai fadilat besar apabila mengerjakan ibadat sembahyang dalamnya adalah :
Masjidil Haram di Makkah.
Masjid Nabawi di Madinah.
Masjidil al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Antara fadilatnya adalah:
Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.
Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
Keistimewaannya adalah ia masjid Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya.
Nabi menggalakkan umat Islam untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
Di samping itu, Baginda menggalakkan umat Islam sama ada yang menetap di Makkah dan Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah, mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid mulia itu bagi mendapat pahala berganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa sembahyang di masjidku sebanyak 40 sembahyang (dengan syarat) tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan daripada api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih) daripada sifat munafik.”
Selain itu, Nabi Muhammad mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya. Baginda kerap menziarahi serta sembahyang dalamnya.
Abdullah bin Omar meriwayatkan adalah Nabi selalu berziarah ke Masjid Quba'. Satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat dalamnya.
Usaid bin Zahir pula meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: “Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”
ZIARAH KE MASJID QUBAH
Syukur Hari ke 2 iaitu pada 26hb.Mei 2012 bersamaan Hari Jumaat, kami di bawa ziarah tempat bersejarah di Madinah . Ziarah tempat pertama yg dikunjungi
Masjid Quba'
IBADAT ZIARAH ADALAH SATU DARIPADA PERINTAH-PERINTAH ALLAH .
RASULULLAH S.A.W BERSABDA:-
" Tidak Bersangatan dituntu melakukan pengembaraan melainkan kepada
3 buah Masjid Iaitu :-MASJID AL-HARAM, MASJIDKU INI( MASJID NABAWI)
DAN AL-MASJID AL-AQSA
~ Hadis Muttafaqun alaih~
Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.
Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
~ Sampai je di masjid ni kami terus menunaikan :-
" Solat Al Tahiyatul Masjid ~2rakaat"
& SOLAT DHUHA
Kelebihan Lawatan ke MASJID QUBA':-
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:-
" BARANG SIAP YANG BERWUDHU DI RUMAHNYA
KEMUDIAN PERGI KE MASJID QUBA' DAN
MENUNAIKAN SOLAT AKAN DIBERIKAN PAHALA MENUNAIKAN
SATU UMRAH
~ RIWAYAT IBNU MAJAH~
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Memimpin ibu tersayang turun dari tangga Masjid Quba'
Selalu berjauhan sepanjang di Madinah aku habiskan
masa dengan emak tersayang.Syukur diberi peluang & ruang ini.
Terima Kasih Ya Allah!!!
PENINGGALAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Ahad, 15 Julai 2012
Semua Allah Punya.
Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah
Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid
You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah
Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Aaha Dari Segala-galanya
Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin
Subahanallah Maha Suci Allah
Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai…
SOLAT DULU...
Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim
(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim
(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu

Rabu, 11 Julai 2012
BAHAGIA ITU RELATIF...JOMM MINUM SUSU HIGOAT!!!
Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya
dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya.
Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah
pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan
itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih
dahulu.
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam
keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang
baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik
daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa
kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik
(halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat
qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas,
meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah
.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada
rasa gelisah dan gundah gulana.
Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa
dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan
ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan
dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan
ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu
karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala
yang besar.” (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang
belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang.
Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah
berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda:
“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah
kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak
disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini
dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan
Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan
syaitan.” (HR. Muslim)
6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki
karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah
kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena
dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang
dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan
ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia
tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita
mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang
yang sakit jiwa!”.
Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak
menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Panduan Bsns MLM ikut Syariah.
WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, NAMUN HARI NI KEHIDUPAN DIJALANI MEMERLUKAN WANG. DALAM MENCAPAI TAHAP KEWANGAN YG STABIL..KEWANGAN YG LEBIH...PERNIAGAAN MLM CARA BERNIAGA SAMA IAITU BINA RANGKAIN MENGGUNA & MENJLNKAN PERNIAGAAN NAMUN YG BEZANYA DARI PLANNYA..MAKA SAMA2 KITA MEMILIH PERNIAGAAN MLM PLAN PEMBAYARAN BONUS MEMBERI KEUNTUNGUN..MEMBANTU...SERTA IKUT PANDUAN ISLAM.
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2011/09/garis_panduan_mlm_20111.pdf
~ Semoga rezeki yg diperolehi penuh dengan rahmatNYA..Amin~
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2011/09/garis_panduan_mlm_20111.pdf
~ Semoga rezeki yg diperolehi penuh dengan rahmatNYA..Amin~
Selasa, 10 Julai 2012
RENDAH HATI
“Rendah Diri” adalah perilaku yang menurut pendapatku gabungan antara sikap tidak percaya diri, takut, dan tidak yakin dengan apa yang ada pada dirinya. Menghukum diri sendiri secara berlebihan. (Merasa sebagai makhluk termalang di seluruh jagat raya). Lupa, dan tidak menyadari bahwa disamping kelemahan dan keterbatasannya … manusia juga diberikan kelebihan oleh ALLAH sebagai “khalifah fil-ardh” di dunia ini. Dan kelebihan itu diberikan kepada kita untuk disyukuri dengan jalan dipergunakan sebaik-baiknya untuk amalan di jalan yang diredhai-NYA …
~ BENGKEL HOLISTIK SPA ~
BENGKEL AURA JELITA ANGGUN HR...TEKNIK THERAPY AURA ATAU DIKENALI SECARA HOLISTIK. BERSAMA KITA BELAJAR...BELAJAR TEKNIK URUTAN WAJAH YG BERKESAN...KECANTIKAN BERMULA DARI SENTUH JEJEMARI KITA!!!DAFTAR DIRI UTK JADI TERPILIH..TEMPAT TERHAD!!!
JADIKAN KITA " PENCINTA WANITA'...menjaga Kecantikan diri bermula dari Minda..jiwa...ketenangan..kemakmuran...Pertama kali akan diadakan Bengkel Aura Jelita Anggun HR...di Sem.M'sia...bermuladi Bukit Beruntung.Ambik Aura Untung ...wajah semakin berseri-seri..!!!
Pakar Kecantikan kita :Mir Dtn Suzyana Shakroni..akan memberi..memberi
Teknik2...RASA MUDA NAMPAK MUDA...AWET MUDA!!!
Pakar Kecantikan kita :Mir Dtn Suzyana Shakroni..akan memberi..memberi
Teknik2...RASA MUDA NAMPAK MUDA...AWET MUDA!!!
SETIAP HARI KEAJAIBAN BERLAKU DALAM DIRIKU
Setiap Hari berlaku keajaiban,
Keajaiban setiap hari berlaku dlm diriku, suamiku,keluargaku,
rakanniagaku,para sahabatku...Kejaiban ku menjadi "PEMIMPIN WANITA"..
yg semakin berjaya & kaya utk duniawi mahupun Ukhrawi...Amin!!!
Meditasi~ Pernafasan Terarah~
Tarik nafas ( hingga perut rasa kembung)...tahan..( Bayangan warna putih cahaya suci Illahi menyelubungi diri kita)..Hembus perlahan nafas bayang seolah asap hitam keluar dr mulut( sifat mazmumah buang jauh2 dari dalam diri kita)...Amalkan teknik ini berulang kali kita rasa tenang..tenaga...Insya-Allah!!
1.Mulakan dengan niat.
Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.
2.Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.
Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.
3.Kawal emosi.
Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.
4.Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.
5.Sembahyang.
Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.
6.Elak berpeluk tubuh.
Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.
7.Dekat dengan orang yang tenang selalu.
Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.
8.LET GO.
Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.
Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Allah swt.
Langgan:
Catatan (Atom)